Tuesday 5 February 2013

Kesabaran Kita Sejauh Mana ?

Dalam dunia yang fana ini terlalu banyak perkara-perkara yang terjadi sehinggakan kita tidak tahu di mana harus bermula dan sampai bila penghujungnya akan tiba. Sejauh mana kita mampu bersabar dalam dunia ini? Pelbagai yang telah terjadi pada kita sebelum ini, lihatlah dari kita kecil sehinggalah dewasa ini,kita menghadapi pelbagai kesukaran tetapi kita masih dapat menghadapinya lagi. Sudah pastinya kita akan dapat menghadapinya lagi sekiranya kita menjadi sekuat seperti waktu dahulu.