Tuesday 5 February 2013

Kesabaran Kita Sejauh Mana ?

Dalam dunia yang fana ini terlalu banyak perkara-perkara yang terjadi sehinggakan kita tidak tahu di mana harus bermula dan sampai bila penghujungnya akan tiba. Sejauh mana kita mampu bersabar dalam dunia ini? Pelbagai yang telah terjadi pada kita sebelum ini, lihatlah dari kita kecil sehinggalah dewasa ini,kita menghadapi pelbagai kesukaran tetapi kita masih dapat menghadapinya lagi. Sudah pastinya kita akan dapat menghadapinya lagi sekiranya kita menjadi sekuat seperti waktu dahulu.

Monday 21 January 2013

Perjuangan dalam menempuh kehidupan

Hai guys , tajuk di atas 'perjuangan dalam menempuh kehidupan', terlalu mendalam maknanya.Sebagai seorang manusia yang telah diciptakan dengan penuh kesempurnaan oleh Ilahi sudah sememangnya kita tidak akan lari daripada dugaan atau musibah yang akan menimpa ke atas diri kita. Dalam usia yang semuda ini, kita masih lagi berada dalam khayalan yang terlalu jauh daripada usia kita ketika ini tetapi hal ini amat baik kerana pepatah Inggeris berkata " those people who not plan,they plan to fail" . Oleh itu, tidak salah untuk kita merancang atau memikirkan sesuatu luar daripada kotak fikiran kita.Tetapi, disebalik impian atau angan-angan yang kita mimpikan itu,sedarkah kita akan dugaan yang akan melanda pada diri kita ini? Dalam menempuh kehidupan yang terlalu jauh dan sukar untuk digambarkan kita seharusnya lebih peka akan hal-hal    yang akan mendatang.Setiap dugaan yang melanda kita harus tempuh dengan penuh kesabaran dan ketabahan dalam diri kita sendiri.Oleh itu, barulah kita dapat diletakkan dalam status perjuangan.Persediaan mental sememangnya amat penting dalam diri kita kerana bermula dari akal barulah segalanya akan dapat dilakukan. Sekiranya akal kita tidak bersedia untuk menghadapi kesusahan bagaimana kita dapat menyiapkan diri kita dengan usaha-usaha yang lain? Sudah pastinya kita akan menyerah dahulu sebelum berjuang. Seperti Kanang Anak Langkau, beliau tidak pernah berputus asa ketika berperang suatu ketika dahulu walaupun dada dan perut beliau telah ditembusi oleh berdas-das peluru musuh.Dalam fikiran beliau, hanya ingin menumpaskan musuh dan membebaskan negara sahaja yang menjadi tujuan dan motif beliau untuk terus bangkit biarpun dalam kesakitan yang teramat.

Jadi, kita sebagai seorang pelajar mahupun pekerja seharusnya menjadikan Kanang sebagai ikon kita kerana beliau tidak berputus asa biarpun beliau tumbang dalam hujan peluru yang tidak tahu mana arahnya.Sebegitu juga kita yang akan diuji sama ada kita kuat dan sabar dengan dugaan yang melanda pada diri kita ataupun keluarga yang tercinta.Sekiranya kita berjaya barulah kita dapat menempuh kehidupan ini.

Ingatlah " tiada manusia yang berdosa tiada masa depan dan tiada manusia yang suci tidak mempunyai masa lampau". Kita bukannya selalu berada di atas untuk  selamanya tetapi kadang kala kita juga akan berada di bawah. Setiap apa yang telah terjadi mempunyai hikmahnya, jangan kita mudah putus asa dalam kehidupan ini.

'Biarlah mereka menghina kita pada saat ini atas kegagalan kita, suatu hari nanti mereka akan berkata "itulah sahabatku suatu masa dahulu" sekiranya kita tidak pernah kenal erti putus asa.


Friday 18 January 2013

Sinaran mentari bukannya selamanya

Ingatlah wahai sahabatku bahawa sinaran mentari bukanlah selamanya. Andai diri tidak disiapkan dengan kekuatan mental dan fizikal yang sepenuhnya apakah kita akan dapat menghadapi hidup yang penuh dengan gelora. Mungkin suatu hari nanti apabila diri diuji , adakah kita dapat hadapinya dengan tenang dan sabar. Ingatlah tidak akan terasa manisnya hidup andai tidak dilambung gelora. Kenalilah diri kita dan carilah siapa diri kita kerana suatu hari nanti pasti akan kita tertanya-tanya apa yang dikejar dalam hidup kita ini.

Dalam hidup kita ini bukanlah semata-mata untuk mengejar kejayaan duniawi sahaja tetapi kita harus mengejar kedua-duanya sekali. Hidup ini bukanlah selama-lamanya mungkin esok lusa siapa yang tahu akan nasib diri kita.

Siapa pun kita pada hari ini dan jika insan lain memandang hina pada diri kita katakanlah pada mereka suatu hari nanti mereka akan mengatakan " itulah sahabatku suatu masa dahulu " , siapa kita pada hari esok tiada siapa pun yang tahu. Berusahalah dalam mengejar cita-cita yang menjadi impian kita sewaktu kecil dahulu.           

"SEE YOU DI IPT"

Wednesday 9 January 2013

MESYUARAT AGONG PKBM 1/2013

AKTIVITI :  MESYUARAT AGONG PKBM '13
TARIKH   :  09.O1.2013
TEMPAT  :  1 INTAN
MASA      :  0745-0905 HRS

LAPORAN AKTIVITI : 1) PERLANTIKAN JAWATAN BARU BAGI TAHUN 2013
                                       2) KEHADIRAN AMAT MEMUASKAN
                                       3) MINAT DAN KECENDERUNGAN AMAT DITEKANKAN KETUA

HASIL AKTIVITI :  JAWATAN YANG TELAH DITETAPKAN SEPERTI BERIKUT:-
                         
                               PENGERUSI : MUHAMMAD SYAHRIZAN PUTRA B.KAMAROZZAMAN
                               NAIB PENGERUSI : MUHAMMAD BIN JAAFAR
                               SETIAUSAHA : MUHAMMAD SYAHIR BIN ROSLEN
                               BENDAHARI : MUHAMMAD FAIZ BIN HAMIDI
                               AJK T.1 : MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHD DAUD
                               AJK T.2 : AHMAD SIDDIQ BIN MOHSIN
                               AJK T.3 : MUHAMMAD NURHAQQIM BIN ABDULL HAMID
                               AJK T.4 : AMER MURSHID BIN JAMALUDIN


GURU-GURU PENASIHAT :

KETUA PKBM : ENCIK ZAKWAN

DIBANTU : 1) ENCIK ZULKIFLI
                    2) ENCIK ANUAR
                    3) ENCIK SALAM
                    4) ENCIK ZAHARI

JURULATIH : 1) SJN BAHARIM
                        2) KPL MD NOR
                        3) KPL MUKTI
                     

Tuesday 8 January 2013













Peringkat kebangsaan 2011 di Lapang Sasar Menyala



















Latihan selama sebulan di kem Terendak

                                         Berehat seketika bagi menambah tenaga sebelum latihan disambung

Seorang Anggota terpilih untuk ke kebangsaan

                        Latihan kawad kaki dan senjata bermula seawal 0800 hrs dan berlanjutan sehingga
                        1730 hrs

Pertandingan Peringkat Negeri '11




Latihan Penyesuaian tentera

                                                    Selepas tamat latihan menembak 100 dan 200 meter
                                                    di lapang sasar pasukan