Monday 21 January 2013

Perjuangan dalam menempuh kehidupan

Hai guys , tajuk di atas 'perjuangan dalam menempuh kehidupan', terlalu mendalam maknanya.Sebagai seorang manusia yang telah diciptakan dengan penuh kesempurnaan oleh Ilahi sudah sememangnya kita tidak akan lari daripada dugaan atau musibah yang akan menimpa ke atas diri kita. Dalam usia yang semuda ini, kita masih lagi berada dalam khayalan yang terlalu jauh daripada usia kita ketika ini tetapi hal ini amat baik kerana pepatah Inggeris berkata " those people who not plan,they plan to fail" . Oleh itu, tidak salah untuk kita merancang atau memikirkan sesuatu luar daripada kotak fikiran kita.Tetapi, disebalik impian atau angan-angan yang kita mimpikan itu,sedarkah kita akan dugaan yang akan melanda pada diri kita ini? Dalam menempuh kehidupan yang terlalu jauh dan sukar untuk digambarkan kita seharusnya lebih peka akan hal-hal    yang akan mendatang.Setiap dugaan yang melanda kita harus tempuh dengan penuh kesabaran dan ketabahan dalam diri kita sendiri.Oleh itu, barulah kita dapat diletakkan dalam status perjuangan.Persediaan mental sememangnya amat penting dalam diri kita kerana bermula dari akal barulah segalanya akan dapat dilakukan. Sekiranya akal kita tidak bersedia untuk menghadapi kesusahan bagaimana kita dapat menyiapkan diri kita dengan usaha-usaha yang lain? Sudah pastinya kita akan menyerah dahulu sebelum berjuang. Seperti Kanang Anak Langkau, beliau tidak pernah berputus asa ketika berperang suatu ketika dahulu walaupun dada dan perut beliau telah ditembusi oleh berdas-das peluru musuh.Dalam fikiran beliau, hanya ingin menumpaskan musuh dan membebaskan negara sahaja yang menjadi tujuan dan motif beliau untuk terus bangkit biarpun dalam kesakitan yang teramat.

Jadi, kita sebagai seorang pelajar mahupun pekerja seharusnya menjadikan Kanang sebagai ikon kita kerana beliau tidak berputus asa biarpun beliau tumbang dalam hujan peluru yang tidak tahu mana arahnya.Sebegitu juga kita yang akan diuji sama ada kita kuat dan sabar dengan dugaan yang melanda pada diri kita ataupun keluarga yang tercinta.Sekiranya kita berjaya barulah kita dapat menempuh kehidupan ini.

Ingatlah " tiada manusia yang berdosa tiada masa depan dan tiada manusia yang suci tidak mempunyai masa lampau". Kita bukannya selalu berada di atas untuk  selamanya tetapi kadang kala kita juga akan berada di bawah. Setiap apa yang telah terjadi mempunyai hikmahnya, jangan kita mudah putus asa dalam kehidupan ini.

'Biarlah mereka menghina kita pada saat ini atas kegagalan kita, suatu hari nanti mereka akan berkata "itulah sahabatku suatu masa dahulu" sekiranya kita tidak pernah kenal erti putus asa.


No comments:

Post a Comment