Friday 18 January 2013

Sinaran mentari bukannya selamanya

Ingatlah wahai sahabatku bahawa sinaran mentari bukanlah selamanya. Andai diri tidak disiapkan dengan kekuatan mental dan fizikal yang sepenuhnya apakah kita akan dapat menghadapi hidup yang penuh dengan gelora. Mungkin suatu hari nanti apabila diri diuji , adakah kita dapat hadapinya dengan tenang dan sabar. Ingatlah tidak akan terasa manisnya hidup andai tidak dilambung gelora. Kenalilah diri kita dan carilah siapa diri kita kerana suatu hari nanti pasti akan kita tertanya-tanya apa yang dikejar dalam hidup kita ini.

Dalam hidup kita ini bukanlah semata-mata untuk mengejar kejayaan duniawi sahaja tetapi kita harus mengejar kedua-duanya sekali. Hidup ini bukanlah selama-lamanya mungkin esok lusa siapa yang tahu akan nasib diri kita.

Siapa pun kita pada hari ini dan jika insan lain memandang hina pada diri kita katakanlah pada mereka suatu hari nanti mereka akan mengatakan " itulah sahabatku suatu masa dahulu " , siapa kita pada hari esok tiada siapa pun yang tahu. Berusahalah dalam mengejar cita-cita yang menjadi impian kita sewaktu kecil dahulu.           

"SEE YOU DI IPT"

No comments:

Post a Comment